fbpx

Pelakon Farid Kamil berkata dia tidak tahu mengenai rumah tered miliknya dikatakan dalam proses lelong bermula pada harga RM522,000 kerana pinjaman rumah dibayar oleh penyewa sejak 2019.

Memetik Harian Metro, Farid berkata sepanjang rumah tersebut disewakan dia tidak berdepan masalah sehingga dimaklumkan mengenai lelongan tersebut.

BACA: Dulu Hadiahkan Duit Pendahuluan, David Teo Sedia Beli Rumah Farid Kamil

“Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan disewakan sejak 2019.

“Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa masalah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong,” katanya.

Sementara itu, Farid berkata isu rumah yang terletak di Bandar Saujana Putra itu akan diselesaikan secepat mungkin oleh penyewa tersebut.

“Penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Harap ini menjawab segala spekulasi,” katanya.

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai rumah dikatakan milik pelakon popular, Farid Kamil dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta.

SUMBER: Harian Metro