Rumah berkembar dua tingkat di Bandar Saujana Putra, Selangor milik pelakon Farid Kamil yang sepatutnya dilelong pada 22 Januari ini ditarik balik.
Memetik BH Online, perkara itu dimaklumkan oleh pengurus Farid iaitu Azahari Hamid yang berkata penyewa sudah selesaikan baki sewa yang tertunggak kepada bank pagi tadi.
BACA: “Penyewa Yang Bayar Ansuran Pinjaman Sejak 2019” – Farid Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong
“Sudah selesai. Bayaran dibuat dan lelongan yang dijadualkan 22 Januari ditarik balik,” katanya.
Bagaimanapun Azahari enggan mendedahkan apabila ditanya berapakah baki yang tertunggak.
“Tak perlukan didedahkan,” katanya.
Sementara itu, Farid hanya menjawab ringkas,”Terima kasih”, apabila ditanya mengenai hasrat penerbit, David Teo yang mahu membeli rumah itu jika aktor berkenaan sedang berdepan kesusahan.
SUMBER: BH Online