fbpx

Penyanyi Popular Sekitar 90’an, To’Ki Kini Bergelar Peminta Sedekah?

Macam tidak percaya pun ada apabila membaca tulisan para peminat dunia hiburan Malaysia di forum Cari awal pagi ini. Namun tulisan mereka mempunyai kemungkinan.

Seorang penggiat forum bernama Ameflora menulis mengatakan yang beliau terlihat satu status Facebook rakan beliau yang mendakwa ternampak kelibat To’ki sebagai peminat sedekah.

Beliau sendiri mendakwa pernah terserempak dengan To’ki sebelum ini di’sekitar kawasan yang sama iaitu Pasar Borong Selayang & tidak menyangka lelaki meminta sedekah itu adalah To’ki — dan terkejut dengan pengesahan rakan beliau.

Mohd Zaki Mansur atau lebih di’kenali dengan nama To’ki mula menyanyi sekitar lewat 80’an dan popular dengan lagu Selumbar & Hampa sekitar 90’an.

Kali terakhir kami semua mendengar kisah tentang To’ki dalah sekitar tahun 2006 yang melibatkan penyanyi ini dengan dadah dan di’dakwa sebagai seorang ketua kongsi gelap selain tuduhan memukul isteri.

Rotikaya akan cuba mendapatkan pengesahan tentang perkara ini & jika memang benar To’ki memerlukan bantuan, pasti ada badan kebajikan artis yang akan tampil memberikan bantuan. InsyaAllah. (Foto Ihsan The Star)