Penyanyi dan pelakon Nabila Razali berkata dia tidak menolak kemungkinan netizen yang mengecamnya sebenarnya mengikuti perkembangan serta minat dengan lagunya.

Memetik mStar Online, Nabila bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang kesimpulan bimbang kenyataannya boleh menimbulkan fitnah. Katanya lagi, jika penyanyi nombor satu negara pun mempunyai ‘haters’ apatah lagi dirinya.

BACA: “Sebelum Taip Fikir Dulu” – Nabila Razali Kecewa Lagu Dilabel Sampah

“Entah-entah mereka (netizen) orang yang sama beri kecaman dan minat kita, saya tak tahulah. Tak berani nak cakap, nanti fitnah pula.

“Tapi saya selalu berpegang, kalau penyanyi nombor satu negara pun ada haters, apatah lagi Nabila Razali.

“Saya tidaklah bandingkan diri saya dengan penyanyi nombor satu negara tapi saya yakin dalam pada membenci seseorang itu mesti ada satu perkara yang kita suka. Mungkin salah satunya mereka suka lagu-lagu saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata jika sebelum ini dia terasa hati apabila berdepan kecaman netizen namun kini dirinya lebih terbuka apatah lagi ada komen yang membabitkan keluarga.

“Kalau dulu terasalah. Ada sesetengah komen yang boleh buat saya terasa hati. Ada yang pernah cakap ‘Dia ni tak pergi kelas vokal ke?’ macam tu kita boleh perbaiki lagi tapi kalau masuk isu keluarga, ‘Mak bapa dia ni tak malu ke ada anak macam ni’. Kalau benda yang boleh menjatuhkan maruah keluarga, saya tak berapa gemarlah,” katanya.

Sumber: mStar Online

×