Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa terkilan apabila ada satu hantaran individu yang melabel lagunya sebagai sampah.
Menerusi satu hantaran di Threads, Nabila berkata dia tidak marah sebaliknya meminta agar berfikir terlbeih dahulu sebelum menulis sesuatu.
BACA:
Menurut Nabila lagi, semudah itu melabel kerya seseorang sebagai sampah serta tidak memikirkan usaha dan penat lelah untuk menghasilkannya. Dalam perkongsian itu juga, Nabila dilihat memuat naik semula hantaran individu tersebut.

“Ada seseorang tangkap layar komen ini dan hantar kepada saya. Tak marah cuma kadang-kadang tak semua perkara yang kita fikir itu betul.
“Sebelum buka mulut, sebelum taip sesuatu fikir dulu. Semudah itu label lagu sampah tanpa fikir usaha dan penat lelah orang lain.
“Apa pun tahniah awak direzekikan dengan kerja sekarang. Tak perlu hadap pembuli jalan raya tapi tanpa sedar awak juga membuli orang lain,” katanya.