fbpx

Penyanyi Baru Nafi Jadi Punca Wan Zack Pulang Ke Malaysia

Kalau anda seperti kami yang tidak mengikuti sangat perkembangan sukan tanah air, keputusan penyerang kebangsaan Wan Zack Haikal untuk pulang bermain di Malaysia sebenarnya satu perkara besar.

Wan Zack Haikal berhasrat untuk kembali beraksi di Liga Malaysia sebelum kontraknya selama dua tahun dengan kelab Ryukyu FC di Jepun yang di’sertainya pada Mac 2012 tamat.

Khabar angin timbul mengatakan salah satu punca pemain bola sepak itu ingin pulang adalah kerana masalah dengan teman wanitanya yang juga merupakan seorang penyanyi baru bernama Zzati.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Zzati menafikan dirinya menjadi punca Wan Zack ingin pulang bermain ke Malaysia & berkata tidak pernah berlaku masalah komunikasi antara mereka walaupun jauh.

“Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih,” jelas Zzati.

“Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini”

“Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa”

“Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu,” tambah Zzati lagi yang bersedia untuk ke Jepun jika di’perlukan untuk memberikan semangat buat Wan Zack Haikal.