Pelakon Maya Karin mendedahkan punca dia berhenti belajar di peringkat diploma adalah disebabkan penyarah kerap membatalkan kuliah.

Menerusi perkongsian di Twitter, Maya berkata setiap kali tiba di kelas pasti akan menerima nota menyatakan kuliah dibatalkan atas sebab pensyarah tidak dapat hadir.


BACA: Maya Karin Idam Watak Mahsuri Dibawah Arahan Syamsul Yusof

“Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar diploma. Asyik sampai kelas hanya untuk dapat nota memaklumkan kelas dibatalkan disebabkan pensyarah tidak dapat hadir,” tulisnya.

Dalam pada itu, Maya berkata dia membuat keputusan berhenti diploma kerana tidak mahu membazirkan wang ibu bapanya dan dia mencari sumber pendapatan serta mengelilingi dunia.


“Jadi, daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti dan buat kerja teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk ke dunia industri hiburan,” tulisnya.

Difahamkan, Maya berkongsikan perkara itu susulan isu tiga pelajar di Sabah menang kes saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka kerana didapati ponteng mengajar selama tujuh bulan pada tahun 2017.

Sementara itu, perkongsian Maya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berdepan pengalaman sama seperti isu yang tular itu.