fbpx

Maya Karin Idam Watak Mahsuri Dibawah Arahan Syamsul Yusof

Teruja dengan kejayaan filem Mat Kilau yang mencatat kutipan hampir RM100 juta, pelakon Maya Karin meluahkan hasratnya untuk membawakan watak lagenda Mahsuri.

Memetik Kosmo, Maya berkata dia sudah lama idamkan watak tersebut dan baginya kisah Mahsuri sememangnya menarik untuk dibawa ke layar perak.

BACA: Maya Karin Bakal Kahwin Dengan Ahli Politik Berpangkat Datuk?

“Kalau ada mana-mana produser yang sudi terjemahkan kisah Mahsuri dalam bentuk filem atau mungkin saya kena buat sendiri (ketawa).

“Sebenarnya, saya memang dah lama sangat teringin sangat nak buat Mahsuri. Kalau itu jadi kenyataan, memang sangat hebat. Kisah Mahsuri sangat menarik untuk difilemkan.

So many layers (banyak lapisan cerita), betul tak betul termasuklah dongeng dan elemen sejarahnya. Kalau dapat difilemkan pada zaman sekarang, memang sangat-sangat mengujakan,” katanya.

Pernah berlakon bawah Syamsul Yusof, Maya turut memetik nama pengarah terhebat itu untuk menghasilkan filem Mahsuri pula selepas ini.

“Saya minta Syamsul buatlah. Dengan duit (untung) Mat Kilau, kita buat Mahsuri pula (tertawa),” katanya.

Untuk rekod, kisah lagenda Mahsuri pernah beberapa kali difilemkan dan kali terakhir pada tahun 1989.