fbpx

Pengurus Siti Nurhaliza Beri Amaran Mahu Saman Pemfitnah

Pengurus peribadi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuat fitnah terhadap penyanyi nombor satu kesayangan ramai itu.

Katanya lagi, selama ini Siti Nurhaliza hanya berdiam diri dan enggan mengambil tindakan terhadap pelaku. Namun semakin hari, tindakan mereka semakin melampau sehingga pihaknya perlu lebih bertegas.

BACA: Netizen Terkedu Harga Tayar Basikal Siti Nurhaliza RM32,000

“Semakin negara maju, semakin ke belakang sikap pengguna media sosial. Saya kira jika adik dan artis saya (Siti) melakukan apa yang dibuat oleh Jasmin Hamid serta beberapa selebriti lain, itu juga akan menjadi pengajaran.

“Selama ini, beliau mengambil sikap berdiam diri dan menutup mata tetapi semakin hari mereka semakin berani memfitnah, mencerca, menghina tetapi rata-rata tidak menggunakan nama atau gambar sebenar dan berselindung disebalik akaun palsu,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Rozi turut memuat naik artikel mengenai pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tindakan terhadap netizen yang menggelar anaknya, Rohanna Abdul Hamid sebagai bapuk.

Terdahulu, Siti pernah menerima kecaman netizen apabila beberapa individu meninggalkan komen negatif terhadap anak perempuannya, Siti Aafiyah.

Nampaknya selepas ini tiada lagi netizen yang berani meninggalkan komen negatif atau fitnah terhadap Siti Nurhaliza. Apa pun diharap netizen lebih berhati-hati bimbang tindakan itu nanti memakan diri.