Netizen Terkedu Harga Tayar Basikal Siti Nurhaliza RM32,000
Jika sebelum ini, harga jam tangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian, nampaknya kali ini netizen ‘membongkar’ harga kelengkapan basikalnya pula yang dikatakan mencecah RM33,000.
Malah, netizen turut meluahkan rasa terkejut serta membandingkan harga tayar basikal tersebut boleh membeli sebuah Proton Saga.
BACA: “Salah Ke Saya Obses Dengan Anak Sendiri?”
Bagaimanapun, Siti tidak mudah melatah dengan tindakan netizen yang sanggup ‘menggali’ harga barangan yang dimilinya dan memberitahu apa yang dimilikinya hari ini adalah hasil titik peluhnya sebagai anak seni.
“Bagi yang sudah menceburi bidang basikal ini mereka tahulah mana bagus dan yang mana ringan semua. Soal gali harga, saya tak boleh lari sebab peminat atau orang ramai akan melihat apa yang saya pakai, saya guna, saya makan dan semualah.
“Namun apa yang saya tahu, ia bukanlah dapat dengan seronok-seronok sebab ia sebenarnya hasil kerja keras,” katanya kepada Astro Awani.
Dalam pada itu, Siti berkata kesemua kelangkapan basikalnya itu diuruskan oleh suaminya, Datuk K.
“Kalau bab kereta, motosikal atau basikal memang Datuk K minat. Dia akan ‘enhance’ dan ubah suai kenderaan itu. Basikal pun saya serahkan semua dekat Datuk K. Apa yang saya tahu, waktu kayuh basikal tu ringan,” katanya.
- SUMBER
- Astro Awani
Kalau Alip Syukri dah lama buat Youtube pasal tayar.. lol
Hahaha betol wati…
Mangkuk jmban alip pun msuk utube haha
kat singapore rata2 yg hobi berbasikal harga basikal mencecah 10-20k SGD….lagi ringan lagi mahal…..superstar mcm siti kalau pakai basikal gini standardlah. apa nak propa kan
Halal pulak pendapatan Siti sebagai anak seni. Ustaz yg salah selama ini.
Duit dia lantaklah… bukan dia mencuri.
Netizen sibok… penyokong penyatuan ummah songlap duit rakyat beratus juta… berbilion x pulak nk sibok mcm ni kannn..
Gigih nya engko search rege tayar basikal orang yerr.
Persatuan songlap berjemaah …
setakat basikal chopper dolu2 mampu le den..
entahkan…sibuk je…dah tentu dia mampu jek & takde la dia nak tunjuk duit berguni guni suruh anak berenang atas duit…korang angan2 je lah hahaha…30,000 ringgit hmmm apa yg aku nak beli eh
1. Dia mampu
2. Kalau tanya peminat basikal, itu mmg harga standard utk tayar yg bagus kalau nak pergi cycling and for cyclist, every gram matters.
3. Yang kau orang nak bandingkan pendapatan kau orang dgn dia kenapa. She’s makin lots of money and she deserves to buy anything yg dia nak. Tak payah la nak compare2.
4. Dia tak gebang pun pakai tayar jenis apa, harga berapa. Netizen yg cari, gugel, pastu nak jadikan issue. Come on malaysia.. jadi la netizen yg positif sikit. Tak perlu nak heboh satu dunia. Dah cari, gugel, simpan sendiri. Tanam dalam diri, ‘satu hari aku akan jadi seperti dia’. Settle.
~sekian, dari aku yg menyampah dgn netizen yg suka cari pasal~