Harian Metro baru sahaja laporkan sebentar tadi yang seorang wanita bergelar pengurus produksi telah membuat satu laporan polis terhadap Fauzi Nawawi.

Menurut pengurus produksi yang berusia 25 tahun ini, pelakon tersebut mengugut beliau & rakan sejawatnya di Wangsa Melawati, Ampang malam tadi.

Namun, pengurus produksi wanita ini menafikan yang perselisihan faham antara mereka berpunca dari isu hutang yang menjadi satu kontroversi suatu ketika dahulu.

Fauzi Nawawi di’khabarkan datang ke pejabat urusan mereka jam10 malam dengan beberapa orang rakan menaiki sebuah kereta dan mula bertindak luar kawalan dengan mengeluarkan ugutan berbahaya terhadap mereka berdua. 

Antara ugutan Fauzi Nawawi adalah untuk mencederakan pengurus produksi ini dan pasangan selain mengugut untuk merampas kereta milik mereka — laporan polis sudah di’buat oleh pasangan ini.