Kabur mata kerana wang ringgit, sanggup pengurus artis ini lesapkan hampir RM40,000 dari akaun bank pelantun lagu Kisah Hati ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Media Hiburan keluaran terbaru ada melaporkan kisah ini yang mana Alyah kerugian hampir RM40,000 wang persembahan berserta wang untuk ansuran sewa beli kereta & rumah.
Menurut sumber majalah mingguan selebriti itu, perbuatan pengurus Alyah itu terbongkar apabila pihak bank mahu menarik keretanya yang di’katakan telah tertunggak bayaran selama empat bulan.
Alyah sendiri terkejut dengan berita itu kerana telah menyerahkan wang untuk ansuran kereta tersebut kepada pengurus beliau.
Penyanyi ini turut memeriksa semua akaun yang di’miliki setelah sedar masalah yang timbul tetapi telah terlambat kerana semua wang yang ada telah pun di’keluarkan — pengurus itu masih gagal di’kesan.