Pengurus Kantoikan Fattzura Bakal Timang Bayi Lelaki?
Bakal menimang cahaya mata sulung dijangka Oktober depan, bagaimana pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin mahu merahsiakan jantina anak terlebih dahulu dan akan diumumkan apabila tiba waktunya kelak.
Bagaimanapun, status di Instagram pengurus Fazura iaitu Iman Tang menjadi perhatian ramai apabila seolah memberi bayangan pasangan itu bakal menimang cahaya mata lelaki.
BACA: Fattah Amin Dedah Setiap Hari Bersembang Dengan Anak Dalam Perut
Berkongsikan gambar bersama Fazura, lebih menjadi perhatian apabila Iman Tang memaklumkan sudah ‘booking’ anak pasangan itu untuk menjadi penyokong kelab bola sepak Liverpool.
Bagaimanapun ketika dihubungi Gempak, Iman memaklumkan dia tetap akan melakukannya tanpa mengambil kira jantina bayi pasangan itu. Malah Fazura dan Fattah sendiri juga belum tahu tentang jantina anak mereka.
“Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan?
“Sebenarnya saya dah ‘booking’ baby Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan.
“Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Fazura berkata dia dan Fattah mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jantina cahaya mata sulung mereka kepada umum sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Malah, Fazura memberitahu orang ramai tidak perlu berteka-teki mengenai jantina bayi mereka sebaliknya mohon supaya mendoakan agar dia dan anaknya berada dalam keadaan selamat kerana itu lebih penting.
- SUMBER
- Astro Gempak
Kelentong! Pompuan lah… tengok muka pon dah tau. Kalau anak lelaki muka si ibu jd keras sikit. Kalu si ibu cantik tu hormon anak perempuan.
Semoga hamsem mcm daddynya sewaktu dulu oh indahnya ciptaan tuhan ku kini main dgn anak kucing jer.
perjalanan masih jauh tu …ko belom merasa bangun pkl 1 pagi baby lapar, pukul 3 dia nk main nk bersembang, tidur kejap je bru nk lelap menangis lgi pkl 5 pg mau berak, salin lampin, malam2 nangis perut kembong, demam, jatuh katil, masuk wad mcm2 karenah time tu mula laki bini akan tunjuk perangai hot tempered/ amarah stress dgn nk kerja lgi …kelakuan yg sebenar…lebih2 lgi laki yg jenis pemalas smua harap bini engko jer..honeymoon dah habis sbb tu byk cerai lepas anak 1-2.
Pagi2 dah ribut. Sorg terkencing dlm seluar, sorg meragam nk ajak main. Belum tghari mak dah pancit ..malam mak jdi panda.. anak meragam x kira waktu… kawin mmg best tpi anak dan laki kadang2 memeningkan. Laki.. dengkor mcm kuda.
Jgn guna panggilan yg tak elok contoh ‘ anak kuat tidur, budak kuat meragam, anak asyik ngamok’. Kalu dah keluar tu tanggungjawab/ amanah kpd kita yg berat. Besok disoal smua tu. Besok lama-lama anak kita jd macam apa yg kita gelarkan tu. Sbb kata-kata kan 1 doa, lag2 dari mulut ibu yg melahirkan dia. Kalu pilih nk idop aman jgn beranak. Dalam otak suami.
– Duit, kerja, nafkah
Dalam otak isteri.
– Duit, kerja
– Balik nak masak apa
– Rumah tak kemas lagi
– Anak meragam
– Baju tak basuh lagi
– Rumah selerak
– Baju tak gosok
– Check buku anak
– Nak prepare apa esok
Hargailah isteri.
You are giving your life for your children x kira anak lelaki atau perempuan. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur, main phone, ngadap tv dengan aman selagi anak masih kecil. Apabila kamu membentak marahkan orang tua, kenapa tak restu nak kahwin. Padahal kamu tidak sedar. Ibu bapa sedang melihatmu mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu mencari yg terbaik calon yg nampak akn susah/senang bersama sekurang-kurangnya cuba hadapi cabaran sebagai pasangan bukn individu. Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin. Untuk menjayakan hidup berumah tangga cinta saja tak cukup rupanya. Baru lah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam poket demi anak.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan. Tak sedikit yang rumah tangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM dan TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN serta lain-lain. Walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam. Bolehkah kamu suami TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya bila sarat berbadan dua? Basuh, lipat baju yang menimbun? Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat? Perkahwinan bukan cinta dlm TV sayang.
Anak apepon…siang anak meragam, malam suami meragam. Letih jadi isteri dua2 nk susu :)
peduli apa kami, yg penting anak kimk dan pattah dalam perut kalau perempuan tentu muka lopak kalau lelaki tentu muka orgputih sebab berenang2 dalam asid perut..
Alah toksah la kejutan ni, dah tak terkejut dah bagus. Yg penting sihat cukup segalanya. Nenek konfem muka biasa lah anak melayu, mak pak pon dulu bukan berapa nak lawa..sekarang ni dah ubah suai hidung kulit lawa lah..so anak tu faham je la keluar muka ori jgn nak perasan keluar muka mix pulak yedak ;)
Banyak betul married women yg miserable dlm rotikaya ni aiyoooo..tu lah laki2 zmn skrg perlu dididik jd gentlemen
minat sgt ngn kak faz.. cantik sgt..
Setelah baca komen diatas…itulah lumrah hidup..kitaran hidup mnusia. Bela patung je jika mahu tidur lena.
Esok kita tua..ada gak kturunan walaupun dpt satu anak. Nnti jdi nenek..ada chance lah nenek jga cucu. Kdg2 ada mnusia dpt 1 anak..tpi cucu berderet2. Jika jaga cucu.. Duit pun masukkk..