Fattah Amin Dedah Setiap Hari Bersembang Dengan Anak Dalam Perut
Bakal bergelar bapa dan menimang anak sulung dijangka Oktober depan, Fattah Amin akui tidak mampu menyembunyikan keterujaan menantikan kehadiran cahaya matanya bersama isteri, Nur Fazura.
Fattah berkata setiap kali berada di rumah ada pulang dari bekerja, dia dan Fazura akan bersembang dengan anak dalam perut. Malah, dia tidak dapat membayangkan perasaan terujanya apabila anak mereka lahir kelak.
BACA: Makin Manja Sejak Hamil, Fazura Tak Nak Lepas Fattah Keluar Rumah
“Saya teruja sangat dengan fasa sekarang, maklumlah bakal menimang anak sulong pada Oktober ini. Setiap hari jika ada di rumah atau balik kerja, saya dan isteri akan membiasakan berkomunikasi dengan anak dalam perut. Betapa tak sabar kami untuk mengalukan kedatangan zuriat ini.
“Bayangkan, sekarang saya punya teruja hingga berkomunikasi dengan anak dalam perut setiap hari. Tak dapat bayangkan apabila anak kami lahir ke dunia nanti, pasti menjadi penyeri hidup saya dan isteri,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Fattah berkata dia dan isteri sudah tahu jantina anak , bagaimanapun mereka mahu merahsiakan terlebih dahulu dan akan diumumkan apabila tiba waktunya kelak.
“Biarlah menjadi rahsia dahulu. Kami tak mahu berkongsi lagi jantina anak. Apabila tiba waktu yang sesuai, pasti saya dan isteri umumkan. Hingga saat ini, saya dan isteri belum sempat beli barangan keperluan bayi,” katanya.
Pasangan sama cantik, sama padan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan menerusi drama bersiri, Hero Seorang Cinderella. Usia kandungan Fazura kini sudah mencecah enam bulan.
- SUMBER
- BH Online
wahhhhh anak pattah membesar dlm perut.
kagum dgn kimk dan pattah pandai buat dan letak anak dalam asid.
sedangkan daging dan tulang yg keras boleh hancur dlm perut.
jgn kecam kenyataan ya.
laah dia mksudkan dlm rahim isteri dia la. biasa la org ckp anak dlm perut. aiyooo
Xpela abang fattah. Yg penting kekal hensem dan sado n kakfaz syg
Alhamdulillah.Semoga anak yg akan lahir nanti sihat dan comel…saya rasa anak awak nanti PEREMPUAN…rasanyee laaahh..
Semoga dipermudahkan segalanya..Aamiin.
Halahhh macam dorang je yang ada anak. Orang lain mengandung takde pun nak kena cerita. Next please!!