fbpx

Masih belum habis kisah Fida & Mamat bertebaran di media massa. Kami pun turut serta tidak mahu berhenti cakap tentang mereka.

Seperti anda semua sedia maklum, Fida telah mengumumkan keputusan beliau untuk memutuskan hubungan dengan Mamat minggu lalu tanpa perbincangan dengan Mamat sendiri.

Sepanjang hujung minggu, dunia hiburan bercakap tentang nasib Mamat yang bukan sahaja di’tinggalkan Fida, tetapi juga secara rasmi di’singkirkan dari kumpulan Sepah.

Semalam Mamat melalui beberapa media berkata yang Fida seharusnya berani untuk bersemuka dengan beliau kalau benar benar ingin memutuskan hubungan cara baik.

Kami menghubungi pengurus Fida, Zemir untuk mendapatkan maklumbalas Fida berhubung cabaran Mamat tersebut namun menurut Zemir gadis itu terlalu sibuk buat masa ini to give even a single fuck tentang ini semua.

Namun menurut Zemir melalui telefon, Mamat hanya pernah menghubungi Fida menerusi panggilan telefon hanya sekali sejak isu gambar tersebut timbul & menghantar teks seminggu sekali.

“Kalau betul Mamat ingin bersua muka, kenapa awal awal lagi beliau tidak berusaha lebih untuk mencari Fida sedangkan dia lelaki & berada di’pihak yang salah ketika ini”

“Saya boleh tunjukkan mesej teks saya bersama Mamat yang berulang kali saya nasihatkan untuk hubungi Fida secara terus & minta untuk bertemu dan berbincang tentang isu ini,” ujar Zemir yang menemani Fida ke satu aktiviti seni malam tadi.

“Namun begitulah, hanya satu panggilan yang di’buat dan itu pun Fida tidak sempat angkat kerana sibuk dan sehingga ke hari ini semacam tiada usaha dari pihak Mamat”