fbpx

Pengurus Beri Penjelasan, Luna Maya & Ariel Peterpan Kini Putus Cinta?

Ketika anda sedang membaca artikel ini, dunia hiburan Indonesia sedang tertanya tanya tentang status terkini hubungan Ariel Peterpan & Luna Maya.

Pasangan sensasi Indonesia ini di’katakan sudah tiada apa apa hubungan lagi selepas dua orang pengacara sebuah program muzik berkata Luna Maya kini sudah mempunyai pengganti.

Pengurus Luna Maya, Vitalia Ramona muncul di’tengah tengah persoalan ini memberi kenyataan namun tidak dapat memberikan penjelasan tepat sama ada hubungan cinta mereka masih berjalan atau sudah berakhir.

Vitalia Ramona turut menjawab dakwaan ramai yang berkata punca perpisahan Luna Maya & Ariel Peterpan adalah kerana si gadis sudah lebih dua bulan tidak melawat si jejaka di’penjara.

“Kalau soal tidak melawat, itu memang benar tetapi kerana Luna Maya ada penggambaran filem dan juga beliau kini menjadi duta kepada syarikat telekomunikasi — lagi pun tidak sampai dua bulan, hanya sebulan lebih,” ujar Vitalia Ramona.

Menurut Vitalia Ramona, Luna Maya kini sedang berada di Hawaii, Amerika Syarikat untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. – KapanLagi