fbpx

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg: TIME’s 2010 Person of the Year

Tahun 2010 sememangnya tahun buat Facebook & pengasas’nya, Mark Zuckerberg untuk menyinar.

Selepas berjaya mencapai pengguna lebih setengah billion orang dari seluruh dunia, Facebook kini mempunyai satu lagi fakta untuk di’banggakan.

Mark Zuckerberg yang kisah’nya di’abadikan melalui filem ‘The Social Network’ hari ini sah di’nobatkan sebagai TIME’s 2010 Person of the Year.

Penghormatan besar yang di’berikan setiap tahun oleh majalah antarabangsa TIME ini membuktikan yang usaha Mark Zuckerberg menghubungkan dunia bukan sia sia.

Hari ini juga, Facebook di’sahkan sebagai tempat kerja terbaik oleh GlassDoor.com melalui satu tinjauan khas melalui semua tenaga kerja Facebook.

Dalam tinjauan yang sama, Mark Zuckerberg yang juga CEO Facebook memperoleh rating yang baik dari para pekerja Facebook dengan 96% — antara yang tertinggi. Steve Jobs, CEO Apple, Inc memperoleh 97%.

Tahniah buat Mark Zuckerberg & pasukan hebat di Facebook. Terima kasih untuk inovasi yang kalian bawa untuk kami semua.