“Pengarah Yang Suruh, Saya Ikut Saja” – Baby Shima
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai video teaser lagu terbaru usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima dikecam teruk kerana tarian ghairah dan berpakaian agak keterlaluan.
Memetik Kosmo!, Shima bagaimanapun berkata dia hanya mengikut kehendak pengarah untuk bergelak di dalam muzik video berkenaan.
BACA: “Kalau Lucah, Mungkin Kerana Mereka Terlalu Berimaginasi” – Baby Shima
“Pengarah yang suruh, saya ikut saja. Itu kehendak mereka. Saya pun hanya cari makan,” katanya.
Menurut Shima lagi, dia bukan suka-suka berbuat demikian kerana itu sudah menjadi tugasnya sebagai penyanyi dangdut dan tiada beza dengan muzik videonya yang lain.
“Saya bukan sengaja nak buat begitu apatah lagi dikatakan ‘daring’ (menggoda). Apa yang saya gayakan dalam MV tersebut semuanya mengikut kehendak pengarah.
“Rasanya netizen pun tahu tak ada beza pun MV terbaharu ini dengan yang pernah saya hasilkan sebelumnya. Saya tetap saya. Baby Shima tetap Baby Shima yang sama. Langsung tiada apa pun yang berubah,” katanya.
Dalam pada itu, Shima turut meluahkan rasa hairan mengapa tindakannya bergelak dan pakaiannya dijadikan itu kerana ianya biasa dilakukan oleh penyanyi dangdut.
“Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitikberatkan lagu yang mahu dinyanyikan.
“Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Soal pakaian dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan semua penyanyi dangdut dan bukan hanya saya,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo
Kalau pengarah suruh bogel kau pon bogel lah yaaaaaaa sistur? Retis ni suka kasi jawapan cetek akal eh. Dasar retis hahahah
BILA DAH KENA KECAM SALAHKAN PRODUKSI PULAK AJE HEBAT RETIS SEKARANG
Allah swt dan Rasulullah saw suruh tutup aurat tak ikut pula eh sisturr… Stop giving stupid excuses blaming others…Allah swt kasi otak utk fikir baik buruk, halal, haram…sesungguhnya manusia sendiri yg menzalimi diri sendiri.. si Aliff Syukri ni, saya rasa amat malu…kesian kat bonda,isteri and anak2 you…nak masuk 40tahun tak lama lagi…artist lelaki lain sudah pun nampak perubahan mereka menuju ke jalan Allah…
Yerr klau dia sruh DOGGY pn nko ikut dekkk!!MANGANG PUNYA MANUSIA! Jdi pompuan jgn tunjuk cheap sngt! Syg org tua, tlong kaber sikit meel laku tu