fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila video teaser lagu terbaru usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima dikecam teruk kerana aksi ghairah dan berpakaian agak keterlaluan.

Memetik mStar Online, Baby Shima atau nama sebenarnya Nur Ashimah Ramli berkata dia sudah biasa dengan kecaman dilemparkan serta tidak peduli dengan komen netizen.

BACA: “Dah Sedia Ke Tanggung Dosa Penonton?” – PU Syed Tegur Aliff Syukri

Menurut Shima lagi, jika ada yang mengatakan aksinya lucah ia hanyalah imaginasi penonton sahaja yang terfikir ke arah itu.

“Saya tidak mengambil kisah dengan komen netizen lagi sebab memang tidak boleh dikawal apa yang mereka mahu katakan. Kalau kata lucah, itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimaginasi. Biarlah orang nak kecam. Saya tak boleh halang semua itu,” katanya.

Sebelum ini hubungannya dengan Aliff Syukri dikatakan tidak baik, Shima berkata tidak menjadi kesalahan untuk mereka berduet dan isu pertelingkahan mereka sudah pun selesai.

Setakat ini, video teaser dikongsikan Aliff itu mendapat sebanyak lebih 22 ribu tanda suka. Bagaimanapun, ruangan komen perkongsian itu telah pun ditutup oleh Aliff yang mungkin sedar ianya dikecam teruk.