"Lagi Banyak Cakap, Lagi Parah"
Pada ketika ini nama Suhaimi Saad sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beberapa kenyataannya mengenai sains dan bumi membuatkan ramai pihak terkedu dan menimbulkan rasa kemarahan ramai pihak.
BACA: “Tiada Sumpah Cuma Respon, Mungkin Doktor Tak Berapa Jelas”
Turut mendapat perhatian rakan selebriti Suhaimi, Hafiz Hamidun yang tampil menasihati rakannya itu agar berhenti membuat kenyataan lagi. Menurut Hafiz, lebih banyak bercakap lebih banyak perkara tidak elok diperkatakan.
“Saya tak jadi bercakap pasal bumi bulat, saya terus suruh dia berhenti buat kenyataan. Lagi banyak kita bercakap, lebih banyaklah akan terdedah. Kalau yang baik tak apa juga, ini kalau benda tak baik, itu yang parah”
Manakala, Suhaimi yang menyedari teguran itu menghargai niat baik rakannya itu memberikan kata-kata nasihat. Jelasnya ketika Hafiz dilanda kontroversi dulu, beliau juga bertindak sedemikian.
“Dia sayang dan faham situasi serta cara kerja kami. Sebab kami memang berkawan rapat dan saya sangat menghargai perkara ini. Ketika Hafiz diuji dengan kontroversi dan fitnah, saya juga melakukan perkara yang sama,” kata Suhaimi.
Terdahulu Hafiz yang pada asalnya berniat untuk menghubungi Suhaimi kerana ingin membincangkan tentang kenyataan rakannya itu sebelum ini mengenai bumi bulat, akhirnya membatalkan hasratnya dan hanya menegur. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
UDAH UDAH LER TU SUHAIMI OIII..BAGUS KO TU AJAR JER ANAK BNE KELAS NGAJI D RUMAH..TAK YAH NAK SIBUK PASAL BUMI NIE BULAT KA..SFERA KA…TELUR KA…SEGIEMPAT KA..BAGUS JAGA JAK FAMILI KO TU
just doa yang baik-baik je untuk SS :)
Hensem jgk ak tgk pismidon ni… Hihi
Xde taste…..Patah Kayu lagi hensem
Dia tak ada duit nak hanyar anak ke sekolah agaknya. Jom ramai ramai kutip derma, bantu Keluarga Suhaimi Saad. Kesian tengok dia bawak satu family menyanyi tepi jalan kutip derma, berhujan berpanas. Anak anak tak sekolah, isteri pakai serabut semacam. Berilah sumbangan tanda kita perihatin terhadap anak-anak beliau.
aku tgk dia sihat je, x de cacat pun.. boleh main pesbuk, boleh bercakap dengan orang, pandai buat lawak..
Carilah rezeki sendiri. Zaman skrg org buat duit ikut pesbuk je. Susah sangat, mmg xde modal langsung.. sebarkan kebaikan. Cakap benda baik², kurangkan kontroversi.. barulah rezeki dtg.
Ni kita duk melalut ikut rasa, sape yg suka? Rezeki ni ada yg Tuhan bagi melalui manusia. Hablumminallah hablumminnannas.. ko cari gaduh dgn manusia, ingat Tuhan suka?
Tak payah sibuk bg derma, dia x layak.