Pengalaman Haji Membuatkan Fizo Omar Rasa Insaf
Dijemput menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, Fizo Omar menyifatkan ianya salah satu momen terindah yang tidak akan dapat dilupakan.
Menurut Fizo, sepanjang mengerjakan ibadah haji, pelbagai pengalaman menarik yang dilaluinya. Berkongsikan pengalamannya, bermalam di Musdalifah memberi kesan mendalam pada dirinya.
BACA: “Fizo Omar Telefon Ayah Saya Minta Maaf…”
“Bermalam di Muzdalifah antara satu perjalanan haji yang tidak dapat aku lupakan dan memberi kesan mendalam dalam kehidupan aku.
“Bak kata ulama suasana ini diibaratkan seakan-akan padang Mahsyar nanti, beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita,” tulisya di Instagram.
Dalam pada itu, Fizo turut menyeru umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji. Malah, Fizo turut mengharapkan agar dia diberi peluang untuk menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci
“Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat untuk ke sini dan rasailah apa yang aku dah lalui.
“Kalau sudah mampu tidak perlu ditangguh lagi kerana ia bukan sahaja menjalankan rukun, tapi kepada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran Sang Pencipta,” tulisnya.
Fizo merupakan antara selebriti popular yang berpeluang untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
- SUMBER
- mStar Online
Yg sedihnya ramai artis dan lbh sedih yg bkn artis yg dah naik haji tp balik sini mrk kembali ke perangai asal mrk
Istikomah dan mabrur bukan semua org dpt. Kita boleh tauuu!
lebih menyedihkan masih masuk socmed… susah sgt ke nak putuskan hubungan antara tuhan dan teknologi hu?
Jgn riak beribadah nanti kurang pahala… :((
satu je aku nak tanya perlu ke yg artis semua ni ibadah nak bg tau orang ramai..
bkn ke ujub/riak jatuh dlm syirik kecil? x percaya ada ustaz pesan dlm youtube heran aku!
” tangan kanan memberi..sorokkan tangan kiri…derma bukan tontonan…lakukan dalam hati….”