Gara-gara komen ditinggalkan Fizo Omar di foto pembaca berita TV3, Hawa Rizwana, ramai yang mengusik Fizo cuba untuk memikat gadis jelita itu.
Bagaimanapun, Hawa menjelaskan hubungannya dengan Fizo hanya sekadar abang dan adik sahaja. Malah, kata Hawa lagi, Fizo juga ada menghubungi bapanya untuk meminta maaf susulan isu tular itu.
BACA: “Tak Rasa Fizo Omar Nak Ngorat Saya Sebab …”
“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ayah faham dunia hiburan tidak dapat lari daripada usikan atau gosip. Saya sendiri sudah lupa perkara remeh itu.
“Tetapi, Fizo yang saya anggap sebagai abang ikhlas memohon maaf. Ayah berkata, Fizo serba salah apabila nama saya dan keluarga diperkatakan ramai, gara-gara komen yang ditulisnya.
“Sebagai individu yang pernah merasai asam garam dunia penyiaran, ayah tidak marah atau terkesan dengan usikan sebegitu,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Hawa memberitahu dia sememangnya peminat Fizo sejak dulu lagi malah pelakon itu juga adalah kenalan bapanya dimana ketika itu bapanya pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan Fizo merupakan salah seorang alumni.