fbpx

“Pengacara Silih Berganti Adalah Perkara Biasa”

Mengucapkan selamat tinggal kepada program Nona apabila tempatnya akan digantikan dengan Amyra Rosli, pelakon Mira Filzah berkata ianya perkara biasa berlunya penggantian pengacara.

Minggu ini merupakan episod terakhirnya bersama program tersebut, Mira berkata Nona seentiasa menukar pengacara untuk pembaharuan.

BACA: Amyra Rosli Pengacara Baru Nona, Ganti Mira Filzah

“Banyak soalan tentang Nona! Tak ada apalah. Biasalah, pengacara bersilih ganti. Kalau tengok dalam Wikipedia, ada nama-nama pengacara terdahulu dan tahun mereka mengacara. Nona sentiasa tukar pengacara untuk pembaharuan,” katanya.

Bagaimanapun, Mira meluahkan rasa syukur dia agak lama berkhidmat berbanding hos lain. Ujarnya, pada Ahad ini agak istimewa kerana dia akan mengucapkan selamat tinggal sebelum mengundur diri.

“Alhamdulillah, saya rasa saya bertahan agak lama dalam program ini. Penggambaran pertama pada Disember 2017. Pejam celik, nak hampir empat tahun dah!

“Episod minggu ini adalah episod terakhir saya. Minggu depan (8 Ogos), episod pertama yang dikendalikan pengacara baharu. Saya ada muncul sekejap untuk ucap selamat tinggal,” ujarnya.