Mira Filzah Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang
Sering dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki kacak, akhirnya Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.
Bagaimanapun, Mira berkata dia dan jejaka tersebut kini dalam proses berkawan dan masih terlalu awal untuk dia berkongsi lanjut mengenai perkara itu kepada umum.
BACA: Mira Filzah Idam Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Mira berkata buat masa ini dia lebih selesa berkongsikan soal kerjayanya sahaja dan meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan ada menerima mesej peribadi daripada seoarang peminat di Instagram yang berkongsi mengenai hubungan Mira dengan seorang lelaki.
Sebelum ini, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak dan Zizan Razak. Namun, Mira menegaskan hubungannya dengan kedua-dua selebriti lelaki popular itu hanya sekadar kawan biasa sahaja.
- SUMBER
- Harian Metro
Zizan Razak dgn Remy Ishak tu kacak ke?? Rabun dekat gknya mata ko ni
penulis overclaim gak mcm susu ada pisang hajjah.
Hahahaha eloklah. Artis jangan pandang rendah pada fans. Fans bukan semua tak reti berfikir dan bukan mudah di gula ii. Jangan mainkan emosi fans yg telah menyokong anda dari mula aktif sampai skrg. Berhabis duit ringgit semata ingin melihat anda maju. Sekarang baru tahu langit tinggi rendah. Lepas ni mgkn mira filzah akan jatuh kerana fans. Tunggu kebangkitan fans yg telah rasa ditipu. Apapun jodoh rahsia. Wpun berkawan belum tentu berjodoh.
halo Sis munafik. apo ko ckp ni. biar lah migha nk nikah ngn sape pon. x kan la sbb dia dpt sokongan ko, ko nk tentukan sapa somi dia. pls explain
Alaaaaa dia dah nak kahwin dah dengan abg ipar shalma aaina tu. Anak bekas org umno tu. Anak sulung dia. Tunggu jek kad nanti katanya Feb 2020. Si abg tu dh lama syok dgn mira ni. Yela anak org kaya. Zizan remy ada apa.
Orang perak juga. Orang politik tapi allahyarham ayahandanya dan ibunya memang org profesional, ada sykt arkitek di UK. Maafkan saya kalau silap.
Fans megha jangan lah fanatik sgt. Takkan nak kawen pun korang nak tentukan jodoh? Cuba2 lah g jogging atau daki bukit utk clearkan otak fanatik tu. Seram acik…
Dia berpelajaran tinggi jadi lbh elok cari yg sama. Supaya senang hendak berbicara/ berbincang kata org ” same level of thinking”. Kaya dan berpelajaran dua perkara yg berbeza.
Degree in international business dri Uitm je pun. Zmn ni bdk2 ada degree bersepah2 doh.
Tgk plak degree dr u mane plak doh..
Setakat degree u swasta memg berlambak doh..dot.kee keje setaraf degree tu
At least degree dia ORI. Jgn pandang sebelah mata degree frm Uitm. Ramai yg pegang jawatan tinggi dan berjaya weh!!
Betul tu sis. Yg penting ori. Tapi tolong jgn jd sexy. Dia watak bdk baik. X suka bila pakai ketat atau baju nmpk dada. Stay sweet je migha