fbpx

Pendarahan Paru-Paru Nad Zainal Sudah Berhenti, Bacaan Oksigen 100

Perkembangan terbaru mengenai Nad Zainal yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), sudah mula menunjukkan perkembangan positif pagi ini.

Memetik BH Online, rakan artis, Ungku Ismail berkata dia dimaklumkan pihak hospital bahawa paras oksigennya sudah mencapai 100 peratus dan pendarahan di paru-paru turut sudah berhenti.

BACA: “Doktor Sedang Berusaha Keluarkan Darah Terkumpul Dalam Paru-Paru Nad Zainal” – Ungku Ismail

“Alhamdulillah, oksigen Nad sudah mencecah bacaan 100. Doktor akan cuba kurangkan kuasa bantuan alat pernafasan berkenaan.

“Satu lagi perkembangan positif, pendarahan pada paru-paru Nad sudah berhenti dan mengering. Nad memberikan tindak balas positif kepada ubat diberikan,” katanya.

Menurut Ungku Ismail berkata lagi, doktor juga memberitahu keadaan Nad kini bertambah baik namun bimbang jika ada jangkitan pada buah pinggang.

“Cuma doktor bimbang kemungkinan ada jangkitan pada buah pinggang kerana mereka dapati radang pada organ berkenaan. Mereka menanti pakar buah pinggang untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.