“Doktor Sedang Berusaha Keluarkan Darah Terkumpul Dalam Paru-Paru Nad Zainal” – Ungku Ismail
Masih dipantau di unit rawatan rapi (ICU), doktor belum dapat mengenal pasti punca pendarahan berterusan pada paru-paru Nad Zainal.
Memetik BH Online, sahabatnya pelakon Ungku Ismail berkata doktor memaklumkan Nad mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.
BACA: “Anak-Anak Okay, Cuma Yem Nampak Mak Dia Masuk Ambulans” – Bekas Suami Nad Zainal
Menurutnya lagi, Nad turut dipantau oleh empat doktor dan serta perlu dirawat menggunakan dos steroid yang tinggi. Kata Ungku lagi, pendarahan masih lagi berlaku.
“Doktor memaklumkan mereka belum mengenal pasti punca mengakibatkan pendarahan berterusan dalam paru-paru Nad. Sehingga kini, pendarahan terus berlaku.
“Jadi, doktor sedang berusaha mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru. Bermacam-macam ubat sudah diberi termasuk antibiotik. Namun, tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami Nad,” katanya.
Dalam pada itu, kata Ungku lagi doktor juga tidak pasti sama ada ianya berpunca daripada kencing tikus atau bakteria lain memandangkan Nad tidak mempunyai gejala yang boleh dikaitkan.
- SUMBER
- BH Online
Semoga sembuh Nad…
Syafakillah nad zainal..semoga Allah berikan kesembuhan dan tak memudaratkan..saat penghijrahannya di uji dengan kesihatan..semoga Allah makbulkan doa2 kita semua utk nad zainal..
Semoga Allah permudahkan segala rawatan Nad.
Cepat sembuh ya Nad..
Syafakillah farah nadia zainal abidin. Moga Allah kurniakan syifa & keafiatan segera pada nad. Aamiin3 ya rabb