fbpx

“Pendapatan Jadi Youtuber Banyak Yang Haram”

Lama tak dengar cerita mengenai pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq, baru-baru ini kenyataannya menjadi perhatian ramai apabila mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya itu, Ustaz Abu Syafiq menyatakan bahawa pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini. Ujarnya, ramai YouTuber diluar sana dimana hidup mereka merana.

BACA: Ustaz Abu Syafiq Gesa Henti Hina Sajat

“Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga. Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit,” tulisnya

Katanya lagi, banyak lagi pekerjaan di luar sana yang boleh dilkaukan dan seeloknya jauhkan diri daripada menjadi YouTuber yang mendatangkan memfitnah.

“Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah Youtuber yang jenis sering memfitnah. Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” tulisnya.

Bagaimanapun, pendakwah itu tidak menyatakan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.