fbpx

PENDAPAT: Klip 3GP Yang Tidak Ingin Kami Tengok Buat Kali Kedua

Ada sebab kenapa kami tidak masukkan filem Melayu terbaru ini ke’dalam slot Filem Minggu Ini seperti biasa.

Filem berjudul Klip 3GP ini akan mula di’tayangkan di’pawagam seluruh negara bermula hari ini dan kami sendiri tidak sabar untuk membaca reaksi orang ramai.

Jika anda membaca beberapa review dari penulis hiburan bebas atau mainstream, kami sendiri agak terkejut apabila mereka memuji kelainan filem ini sedangkan hati kami meronta ingin koyakkan skrin ketika pra tonton tempoh hari.

Pertama sekali konsep keseluruhan filem. Isu penyebaran video 3GP adalah satu fenomena 6 atau 7 tahun dahulu — tetapi filem ini menjadikan ianya sebagai isu semasa. Timeline memang ke laut.

Kedua adalah filem ini memang sengaja & boleh kita lihat ingin menjual adegan seks sebagai pelaris filem ini. Aidilfitri yang merupakan pertama kali menjadi pengarah seakan terdesak untuk memperkenalkan diri ke khalayak peminat filem.

Juga ada adegan tidak masuk akal — eh, hampir semua adegan tidak masuk dek akal kalau kita fikirkan secara logik — tiga anak gadis dari Johor Bahru bertolak ke Kuala Lumpur melalui jalan lama di’tengah malam untuk clubbing.

Susunan plot juga tidak masuk akal — maafkan kami jika tersilap — di’awal cerita ada imbasan tertulis ‘6 jam sebelum’ tetapi kisah’nya meleret sehingga seakan akan ‘6 bulan sebelum’.

Kami bukan tidak galakkan anda untuk menonton filem ini di’pawagam. Jika tidak mahu mood hujung minggu anda terganggu, sila pilih filem lain yang kami pasti lebih baik & berbaloi untuk wang anda.

Tiada rating. Yeah, that bad — not even deserve a rating from us. Tapi, siapalah kami.