Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie berkata dia sanggup bekerja keras serta berkorban demi anak-anaknya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dr Fie berkata dia sanggup rasa penat dan susah asalkan anak-anaknya tidak perlu merasainya.
BACA: “Lepaskanlah Saya Dengan Ikhlas, Berbaiklah Demi Anak-Anak”
“I work hard for my children, and I would sacrifice almost anything just to make sure they are okay. Apa saja yang saya perlu korbankan, saya sanggup. Penat, sakit hati, susah… biarlah saya yang rasa, asalkan anak-anak saya tak perlu,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie berkata sebagai ibu dia akan melindungi anak-anaknya sehabis mungkin serta berjuang selagi mampu.
“Saya akan cuba sempurnakan segala-galanya untuk mereka, tapi satu perkara saya pasti, saya Afifah Hidayah, ibu anak2 ini akan protect anak-anak saya sehabis daya saya.
“Saya akan berdiri di depan mereka bila mereka perlukan perlindungan, dan saya akan terus berjuang selagi saya mampu,” katanya.
Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan Nubhan pada Ogos 2015 namun bercerai pada Disember tahun lalu. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Aafiya, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille.