fbpx

Penampilan Engku Emran Tak Terurus Lepas Bercerai?

Spekulasi pergolakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan sudah pun bercerai pada Julai lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas sebulan bercerai, penampilan terkini Engku Emran menjadi perhatian ramai. Gambar hitam putih yang dikongsikan itu memaparkan dirinya dalam keadaan kurang kemas selepas melakukan aktiviti berbasikal.

BACA: Bekas Kekasih Berminat Nak Beli Rumah Laudya Cynthia Bella

Emran dilihat berbeza dengan rambut panjang dan misai tebal yang hampir menutup mulutnya. Susulan itu, rata-rata netizen berpendapat penampilannya itu jauh berbeza dibandingkan ketika bersama Laudya sebelum ini dan dikatakan tidak terurus selepas bercerai.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

Ada saja tak kena di mata netizen, tak kisahlah bagaimanapun penampilan Emran, kita doakan yang baik-baik sahaja buat bekas suami Laudya itu.