Bekas Kekasih Berminat Nak Beli Rumah Laudya Cynthia Bella
Sebelum mengumumkan perceraiannya, hangat diperkatakan apabila Laudya Cynthia Bella dalam proses menjual kediamannya di Jakarta Selatan. Malah, jiran memberitahu sudah beberapa kali melihat beberapa orang calon pembeli.
Susulan itu, bekas kekasih Laudya iaitu pelakon Raffi Ahmad menyatakan minat untuk membeli kediaman mewah milik aktres itu. Bagaimanapun, masih belum memutuskan perkata itu kerana belum berkesempatan bertemu Laudya.
BACA: Bekas Kekasih Beri Sokongan Buat Laudya Cynthia Bella
“Memang rumah Bella mahu dijual cuma tak tahu lagi nak beli atau tidak sebab belum sempat berkomunikasi. Saya tak tahu kenapa dia nak jual rumah, mahu beli rumah lagi mungkin, kan rumahnya banyak,” katanya.
Ujar Raffi lagi, dia mengakui tertatik dengan kediaman mewah itu namun perlu melihat terlebih dahulu sebelum proses jual beli dilakukan. Malah, Raffi turut bergurau mungkin Laudya boleh beri harga ‘bekas kekasih’.
“Kalau harganya sesuai dan Laudya mahu beri harga sahabat atau harga bekas kekasih siapa tahu lebih murah. Cuma buat masa ini belum berbual lagi dengannya mengenai perkata itu,” kataya.
Jun lalu, Laudya dilaporkan ingin menjual kediaman mewahnya yang dikatakan bernilai RM3.6 juta. Timbul dakwaan mengatakan dia terpaksa menjual rumah tersebut kerana sudah muflis.
Terdaulu, teka teki status rumah tangga Laudya dan Engku Emran terjawab apabila pelakon popular Indonesia itu mengesahkan mereka sudah bercerai pada 1 Julai lalu.
- SUMBER
- mStar Online
Dengan pendapatan bernilai Rm7 juta sebulan, tak hairan kalau Raffi Ahmad beli rumah Laudia. Selamba je beli tunai. Buat rumah baru Rm35 juta pun tak kecoh macam orang giler glamour Kota Damansara, yang khabarnya masih berhutang Rm20juta. Semuga dipermudahkan segala urusan kedua dua pihak Raffi dan Laudi. Aminn
X perlu bndingkan jutawan indonesia dgn org malaysia. Bilangan rkyat indonesia berapa juta wei. 273 juta. Raffi ahmad jual satu album kat indo berapa juta dia dpt ? Jika 5% saja beli albumnya dia dh kaya. Dia famous presenter pelakon sinetron berstus episod kot.
Kat mlysia population 32 juta. Berapa org beli album artis? Anggap 5% je.. berapa ringgit dpt? Dont compare apple and orange
Bila masa Raffie Ahmad jual album lagu woi? Dia kaya sebab Youtube lah.
Alipp syukri tu oren ke? Kata tokoh kosmetic paling kaya dalam Malaysia. Apahal pulak epal dengan oren pulak, kan sama sama kaya. Ko tu yang bodoh tak tau cerita.
Kawan2…
X perlu bergaduh pasal harta orang raffi ahmad mmg ada buat album makcik oi. Pergi google lagu dia. Jgn bodoh2 kan org yg anda x kenal. Takut2 di padang mahsyar terketar2 mencari mereka. Salam sejahtera untuk kalian.