fbpx

Penaja Utama GV5, Aliff Syukri Tidak Akan Terikut Cara DSV

Minggu lalu, timbul desas-desus di kalangan netizen mengenai ada penaja lain yang akan menaja program realiti Gegar Vaganza musim 5. Akhirnya, persoalan itu terungkai apabila buat pertama kalinya, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjadi penaja utama.

Bagaimanapun, kali ini pihak Astro menetapkan syarat kepada penaja agar tidak timbul lagi isu seperti kontroversi Datuk Seri Vida dan Aishah sebelum ini.

BACA: Isu Hadiah, Aishah Mahu Saman Datuk Seri Vida?

Dalam pada itu, Aliff memberitahu beliau tidak mempunyai hak untuk menentukan hadiah yang akan diberikan kepada pemenang. Katanya lagi, beliau juga tidak akan terikut-ikut dengan cara Datuk Seri Vida kerana dia mempunyai strategi tersendiri untuk mempromosikan produknya.

“Saya cuma menaja… Berapa Astro suruh bayar saya beri tetapi untuk tentukan hadiah apa akan diberikan itu kerja pihak produksi dan saya tidak campur. Mengenai penampilan saya pada GV5 nanti, kalau Astro tak benarkan saya naik ke pentas saya akur. Kalau tak bagi saya menyanyi, saya ikut juga.

“Rasanya saya tidak perlu ikut cara Datuk Vida kerana itu karakternya manakala saya ada cara tersendiri,” ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu, Datuk Seri Vida merupakan penaja utama Gegar Vaganza bermula dari musim pertama hingga musim keempat. Gegar Vagansa musim 5 bakal bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 30 September ini.