fbpx

Peminat Teruja Tengok Anak Fazura Belajar ABC

Bukan saja ibu bapanya iaitu pasangan selebriti terkenal Nur Fazura dan Fattah Amin sering menjadi perhatian, malah perkongsian mengenai Nur Fatima Aisya juga turut dinantikan ramai.

Baru-baru ini, video yang dimuat naik di Instagram akaun peminat Fattzuralovelife menjadi bualan ramai memaparkan Fatima sedang belajar ABC.

BACA: Fazura Tak Suka Bincang Topik Status Jutawan

Menerusi video itu, Fatima dilihat belajar menerusi video yang ditontonnya itu. Meskipun sudah waktu malam, Fatima kelihatan sangat teruja mempelajari setiap suku kata.

Biarpun dapat didengar sebutannya masih pelat, namun Fatima mampu mengikuti sebutan ABC dan mengingati setiap perkataan yang dipaparkan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang geram melihat kecomelan Fatima serta memujinya seorang budak yang pandai.

Comel sungguh sebutan Fatima. Semoga menjadi seorang yang cerdik pandai serta anak yang solehah buat ibu bapa.