fbpx

Fazura Tak Suka Bincang Topik Status Jutawan

Pelakon jelita Fazura berkata dia tidak pernah memikirkan sama ada sudah mencapai status jutawan sebaliknya dia hanya mahu terus menyebarkan kebaikan dalam bidang perniagaan.

Memetik Harian Metro, Fazura berkata dia mengikut nasihat ibunya dan apa yang penting dia mahu memberi manfaat kepada orang ramai.

BACA: Baru Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur

“Saya tidak pernah memikirkan semua itu. Status sebagai jutawan itu bukanlah topik yang selalu atau suka saya bincangkan. Jutawan atau tidak itu hanya orang kata menjadi persoalan kedua. Apa yang penting saya meneruskan untuk memberi manfaat kepada orang ramai.

“Bak kata emak saya, orang bukan peduli sama ada kita kaya atau tidak, jutawan atau banyak duit, yang penting adalah untuk terus memberi manfaat dan membuat kebaikan,” katanya.

Menurut Fazura lagi, dia meluahkan rasa syukur perniagaannya itu turut memberi peluang pekerjaan buat wanita di luar sana.

“Saya juga bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang sumber pendapatan suami atau keluarga terjejas akibat pandemik bagi membanteras Covid-19,” katanya.