fbpx

Peminat Teruja Mira Filzah Kembali Aktif Di TikTok

Sebut sahaja TikTok, pasti ramai tahu aplikasi tersebut semakin menjadi trend sejak kebelakangan ini. Malah, ramai yang terjebak dengan aplikasi tersebut tidak kira usia.

Malah, pelakon dan pengacara Mira Filzah yang turut terjebak dengan aplikasi tersebut apabila membuka akaun TikTok diberi nama therealmfmirafilzah pada Januari lalu.

BACA: Mira Filzah Kecewa Masih Ramai Degil Rentas Negeri

Selepas sekian lama tidak memuat naik video di aplikasi tersebut, peminat teruja apabila Mira berkongsikan video terbaru dua hari lalu.

@therealmfmirafilzah

Astaghfirullah. Kita scroll scroll je lah tiktok dah lama tak buka, cuba tekan tekan sekali tekan agechallenge. Terkejut! ? Semoga panjang umur! ?

? original sound – Mira Filzah – Mira Filzah

Menerusi perkongsian itu, Mira juga mengkaui sudah lama tidak membuka akaun TikTok dan mencuba #agechallenge. Meskipun video tersebut memaparkan bayangan ketika usianya 85 tahun, namun Mira dilihat tetap cantik.

Perkongsian Mira itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang tidak sangka Mira kembali aktif di TikTok serta tidak sabar menantikan perkongsian lain daripada pelakon itu.