fbpx

Mira Filzah Kecewa Masih Ramai Degil Rentas Negeri

Baru sahaja menerima suntikan pertama vaksin, pelakon dan pengacara Mira Filzah meluahkan rasa kecewa melihat situasi ramai yang mahu merentas negeri meskipun belum mendapat suntikan tersebut.

Memuat naik status menerusi Insta Story, Mira turut bersedih dengan jumlah kematian harian Covid-19 yang meningkat setiap hari.

BACA: Mira Filzah & Suami Raya Sederhana, Hanya Tempah Sepasang Baju Sedondon

“Sudah divaksin. Alhamdulillah semua berjalan lancar pagi tadi (semalam) untuk dos pertama AsteraZeneca.

“Namun selepas tengok harian, rasa down (murung). Kecewa kerana ramai lagi yang belum dapat vaksin tetapi masih ada yang berani merentas negeri,” tulisnya.

Memahami ramai yang tidak berjaya selepas berusaha untuk mendapatkan slot suntikan vaksin baru-baru ini, bagaimanapun Mira meminta semua orang bersabar.

“Saya tahu sesetengah daripada anda sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendaftar dapatkan vaksin AsteraZeneca tempoh hari tetapi tidak berjaya. Sabarlah semua, akan ada lebih banyak vaksin yang akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.