Bukan mudah bergelar selebriti, setiap tindak tanduk dan cara pemakaian pasti akan menjadi perhatian ramai. Jika ada serba tak kena dimata netizen, pasti akan dikritik.

Baru-baru ini, Nabila Razali ada memuat naik gambarnya memakai busana rona biru. Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan panampilannya yang bertudung singkat.

BACA: Nyanyian Dibanding Dengan Saloma, Nabila Razali Sedar Kelemahan Diri

Peminatnya turut menegur pamakain tudung Nabila yang semakin senteng serta meminta untuk melabuhkannya. Kata peminat lagi, Nabila lebih cantik jika melabuhkan tudung dipakainya.

Apapun mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka.