fbpx

Nyanyian Dibanding Dengan Saloma, Nabila Razali Sedar Kelemahan Diri

Baru-baru ini, tular video TikTok seorang gadis membandingkan bakat nyanyian Nabila Razali dengan biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma.

Menerusi video berkenaan, gadis itu bercerita mengenai pensyarahnya yang mendakwa Nabila mengambil masa setahun belajar menyanyi untuk mahir dalam menyampaikan lagu Peluang Kedua berbanding Saloma yang hanya mengambil masa sehari.

BACA: Hafiz Hamidun & Nabila Razali Sudah Berdamai

Mengulas mengenai video tersebut di Insta Story, Nabila berkata dia tidak tahu apa niat individu tersebut memuat naik video berkenaan, namun dia menyedari kelemahan dan kekurangan dirinya.

“Saya tidak tahu apa niat dia untuk buat video tersebut. Selalunya saya hanya abaikan sahaja kandungan video sepertiitu tapi kali ini ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan.

“Saya sedar tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri dan betul ada sesetengah orang ambil masa yang lama untuk belajar sesuatu.

“Kita semua dilahirkan berbeza, keluarga berbeza, pergi ke sekolah berbeza serta mempunyai keupayaan berbeza. Terima segala kelebihan dan kekurangan anda dengan sebaik mungkin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nabila berkata individu tersebut seharusnya memberi kritikan membina serta sokongan, bukan hanya menjatuhkan. Tidak menyimpan dendam, Bella pengambil pendekatan di bulan mulia ini untuk memaafkan tindakan gadis berkenaan.

“Jangan sesekali menjatuhkan orang lain hanya kerana anda rasa diri lebih hebat daripada mereka. Sebaliknya, beri sokongan kepada mereka, sama-sama maju ke depan,” tulisnya.

“Walau apa pun niat dia, tidak mengapa saya maafkan sahaja dia di hari baik, bulan baik ini. Saya hanya nak timbulkan kesedaran supaya kita sama-sama gunakan media sosial dengan berhemah.

“Ini kerana kita tidak pernah sedar bahawa setiap kata-kata yang digunakan mungkin melukakan dan menghancurkan impian seseorang,” katanya.