fbpx

Mari mulakan tengah malam kita dengan sebuah entri ringan untuk selebriti ringan – Sharifah Sakinah, yang belum reda isu beliau bersama Gambit Abdullah & Julia Ziegler.

Hujung minggu lalu, kami menerima sepucuk surat elektronik (e-mail) dari pembaca dan peminat hiburan yang mengadu bahawa Sharifah Sakinah ada menyebut Oh Jesus!.

Awal’nya kami ingatkan yang Sharifah Sakinah tersasul di’program televisyen dan mula menyiasat sumber yang boleh di’percayai dan keterlanjuran aktress ini hanyalah di Twitter.

Lantas kami sampaikan keprihatinan peminat hiburan ini kepada empunya badan dan beliau memberikan response seperti di’bawah.

UPDATE-1: Atas permintaan empunya badan, screeshot kenyataan Sharifah Sakinah kami tarik semula tetapi kandungan seperti berikut;

“Jesus adalah nama Tuhan untuk Michael Ang, saya tidak berniat untuk menyembah atau apa apa sekali pun. Saya mohon maaf jika ini mengusik sensitiviti masyarakat kita”

Mungkin ada antara anda yang berkata ini adalah isu kecil sahaja namun bagi kami ia’nya masih memerlukan response yang ringkas tetapi matang dari pelaku. Kes selesai dan semua boleh hidup gembira. Yay!