fbpx

Peminat Tegur Penampilan Terbaru Zaquan Adha Mirip Shah Rukh Khan

Berkongsikan foto menjalani sesi latihan di padang bola selepas beberapa bulan berehat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , penampilan terbaru pemain bola sepak pasukan Kedah, Zaquan Adha menjadi perhatian ramai.

Diruangan komen perkongsian gambar itu, rata-rata netizen menyamakan wajah suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu dengan aktor Bollywood popular, Datuk Shah Rukh Khan. Malah, perkara itu juga turut diakui oleh isterinya.

BACA: “Terima Kasih Ayu Raudhah, Jatuh Bangun Saya Hanya Dia Yang Tahu”

https://www.instagram.com/p/CB0cceuBPn-/?utm_source=ig_embed

Ayu mengakui wajah suaminya itu seiras dengan pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu. Ayu berkata dia sangkakan hanya dirinya sahaja menyedari wajah suaminya itu mirip Shah Rukh Khan, rupanya netizen juga turut mengatakan perkara yang sama.

Dalam pada itu, Zaquan turut meluahkan rasa syukur dan teruja kerana sudah dapat mula menjalani latihan. Zaquan turut berharap agar segalanya dipermudahkan dan titisan peluh mereka yang turun padang untuk menjalani latihan akan dihargai.

Zaquan dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011. Pasangan in dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Aisy Qaiser,Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Aisy Al Khaliq.