Semalam adalah hari paling membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia apabila pasukan bola sepak negara berjaya ke final Piala AFF Suzuki 2018. Di kesempatan itu, kapten skuad Harimau Malaysia, Zaquan Adha Radzak menzahirkan ucapan terima kasih buat ibu dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah di atas sokongan mereka selama ini.

BACA: Video Nakal Suami Tersebar, Ayu Raudhah Lapor SKMM


“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada mak tanpa doa mak sesuatu kejayaan itu tidak dapat diperolehi.


“Dan juga untuk isteri saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, dari awal jatuh bangun saya, hanya isteri saya yang tahu”, katanya kepada Astro Awani.

Mengulas mengenai aksi malam semalam, Zaquan menyifatkan sumber kekuatan utama pasukan Malaysia berjaya melangkah ke aksi final adalah sokongan yang tidak terhingga daripada penyokong bola sepak negara dan rakyat Malaysia.



“Kepada seluruh penyokong bola sepak dan rakyat Malaysia, kami terus mengharapkan sokongan daripada anda pada final nanti jika stadium penuh dibanjiri seluruh rakyat Malaysia, ia memberi semangat untuk kami terus berjuang dalam bola sepak untuk final kali ini, pasukan kami tidak kuat tanpa sokongan rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah saya rasa satu rezeki untuk pasukan malaysia dalam situasi yang amat menggetirkan malam tadi kita hampir tewas pada saat akhir, tapi untuk kami kalau rezeki itu tak ke mana, bagaimanapun misi itu masih belum habis, kita masih ada misi untuk kejar di final nanti,” katanya.