Sebelum ini pernah tercetus kontroversi Zul Ariffin yang dikatakan sedang bercinta dengan gadis Ukraine, Tanya Glembotska. Terbaru tersebar pula berita mengatakan mereka sudah berkahwin.

BACA: Zul Ariffin Bercinta Dengan Gadis Ukraine?


Difahamkan gadis terbabit telah memuat naik beberapa gambar bersama ketika sedang menikmati percutian. Namun apa yang menarik perhatian ucapan romantis gadis tersebut buat ‘suami’ yang dirujuk kepada Zul.



Sekaligus panggilan itu menimbulkan spekulasi di kalangan peminat Zul di Malaysia. Sampaikan peminat gadis tersebut dari luar negara turut bertanyakan status sebenar pasangan itu yang masih tanda tanya.

Khabarnya Zul dan Tanya kini sedang menikmati percutian bersama di Thailand. Malah beberapa gambar yang dimuat naik juga mendapati mereka sempat makan malam romantis bersama ketika di sana.

Dari spekulasi terdahulu hingga kini Zul nampaknya memilih untuk berdiam diri. Terdahulu beberapa gambar Zul berpelukan dengan gadis itu telah tersebar ketika mereka sedang bercuti bersama. (rtky/w)