fbpx

Peminat Puji Fazura Sebagai Wanita Paling Cantik

Baru sahaja mengumumkan berita kehamilan anak sulungnya, jelas kelihatan wajah Fazura yang nampak berseri-seri dan ayu lebih-lebih lagi melihat foto terbaru pelakon itu yang tampil manis bertudung sempena bulan Ramadan.

Menerusi entri itu, Fazura turut memohon maaf andai ada tersalah bahasa dan perbuatan kepada semua pengiktnya serta mengharapkan keredhaan daripada Allah untuk Ramadan tahun ini.

BACA: Fazura Mengidam Ayam Penyet, Fattah Amin Minta Bantuan Netizen

Rata-rata netizen teruja melihat kecantikan Fazura yang sangat manis bertudung. Malah, satu komen pada gambar itu menarik perhatian ramai apabila seorang peminat menyifatkan Fazura sebagai wanita paling cantik.

Terkenal dengan sikap rendah dirinya, Fazura membalas komen tersebut dengan penuh mesra mengatakan bahawa cantik itu hanyalah Allah.

Nampak manis sangat Fazura sejak hamil anak sulung. Kami mendoakan semoga proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata sulung dipermudahkan dan berjalan lancar.