fbpx

Fazura Mengidam Ayam Penyet, Fattah Amin Minta Bantuan Netizen

Baru sahaja mengumumkan berita kehamilannya kepada umum, nampaknya Nur Fazura sudah mula mengidam menu tertentu seperti yang dilalui oleh ibu mengandung. Menerusi perkongsian di Twitter, Fazura memberitahu dia teringin untuk menjamah ayam penyet.

Fazura turut meminta para pengikutnya untuk mencadangkan lokasi terbaik yang menyediakan makanan Indonesia itu. Sementara itu, Fattah Amin turut meminta bantuan daripada netizen untuk memenuhi peminataan isterinya itu.

BACA: Fazura Sahkan Hamil Anak Pertama

Diruangan komen, rata-rata netien teruja melihat perkembangan terkini Fazura serta mencadangkan beberapa lokasi yang menyediakan menu ayam penyet yang sedap.

Minggu lalu, Fazura mengesahkan dia kini hamil empat bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Fattah dan Fazura dijangka akan menyambut kelahiran anak sulung mereka akhir tahun ini.