fbpx

Elly Mazlein Bahagia Kembali Sambut Syawal Sebagai Isteri

Sebelum ini beberapa tahun bergelar ibu tunggal dan hanya menyambut Aidilfitri bersama puteri tunggalnya, Elly Mazlein meluahkan rasa bahagia kerana dia dapat kembali menyambut Syawal sebagai seorang isteri.

Menyifatkan Aidilfitri tahun ini cukup bermakna, Elly turut menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menyambut raya dengan keluarga yang lengkap bersama bapa, anak dan suaminya, Mohammad Azlan Che Noh.

BACA: Peminat Nampak Baby Bump, Elly Mazlein Kini Hamil?

“Alhamdulillah, menjadi impian setiap insan untuk merayakan Syawal yang mulia dengan keluarga lengkap.

“Saya rasa sangat teruja dan seronok mereka yang pernah berkeluarga untuk menyambut Aidilfitri dengan kehadiran famili yang sempurna. Saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan. Alhamdulillah,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Elly berkata rezeki perjalanan kariernya semakin mencurah-curah selepas mendirikan rumah tangga. Malah, suaminya juga tidak pernah putus memberikan sokongan dalam kariernya.

Elly dan Azlan diijabkabulkan pada 18 Januari lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly memiliki cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia Azmi yang kini berusia tiga tahun.