fbpx

Peminat Pertikai Raja Ilya Kongsi Video Lamaran Kahwin

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan dari Australia dikenali sebagai Trent Garrett, baru-baru ini menerusi Instagram pelakon Raja Ilya ada berkongsikan video romantik ketika dilamar suaminya.

Dalam video tersebut menunjukkan Trent membuat kejutan muncul dari arah belakang Raja Ilya yang ketika itu sedang menikmati makan malam dan pelakon itu dilihat memeluk jejaka berkenaan.

BACA: “Suami Raja Ilya Masuk Islam Ke Belum?”

Turut memaparkan momen romantis dimana Raja Ilya dibawa ke ruang tengah restoran yang dikelilingi lilin dan Trent melutut sambil menyarungkan cincin lamaran.

https://www.instagram.com/p/BsvXq1RFZbx/?utm_source=ig_embed

Diruangan komen rata-rata netizen tersentuh dengan video lamaran tersebut dan ada yang mengatakan lamaran tersebut sangat indah seolah seperti dalam filem.

Namun seperti sudah dijangka, perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang menyifatkan tindakan itu tidak mencerminkan cara hidup Islam. Kata netizen lagi, tidak perlu kongsikan video seperti ini untuk tatapan umum kerana ia hanya mengundang kecaman sahaja.

Raja Ilya dan Trent telah berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia. Difahamkan, pasangan itu telah berkenalan sejak 2012 dan mengikat tali pertunangan bertunang pada awal November tahun lalu.