fbpx

Peminat Persoal Niat Fathia Latiff Tuju Lagu Buat Elfira Loy

Selepas kejayaan beberapa lagu cover sebelum ini, Fathia Latiff muncul dengan cover terbaru menerusi lagu terbaru Sufian Suhaimi, Di Matamu. Namun apa yang menarik perhatian, melalui Twitter, Fathia telah ‘mention’ nama Elfira Loy.

BACA: Fathia Latiff Akui Salah Bergaul Punca Tersilap

Tidak pasti apa perasaan sebenar Elfira, tapi dengan tenang beliau membalas tweet Fathia dan bertanya mengapa nama beliau dipetik. Manakala, Fathia pula menjawab lagu tersebut merupakan versi balas dan telah diubah liriknya.

Bagaimanapun reaksi peminat berbeza mengenai hal ini, ramai yang tidak senang dengan tindakan Fathia. Ada yang menyatakan ketidakperluaan nama Elfira disebut dikala semua pihak sudah ‘move on’ dengan kisah putus tunang mereka.

Pun begitu, Fathia sempat membalas reaksi peminat dengan mengatakan tindakannya hanya suka-suka. Video yang baru saja dilancarkan itu rata-rata mendapat reaksi positif peminat dan memuji suara merdu Fathia.

Kami pun tidak pasti sejauh mana niat Fathia menyebut nama Elfira, mungkin juga hanya bergurau. Tapi Fathia juga rasanya perlu menjaga sensitiviti kedua belah pihak dan juga pihak keluarga Sufian dan Elfira. Apa kata anda? (rtky/w)