fbpx

Fathia Latiff Akui Salah Bergaul Punca Tersilap

Sedang rancak berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, Fathia Latiff mungkin dilihat sudah move on dan bahagia dengan kehidupannya kini. Namun hakikatnya, kesan kontroversi lalu masih dalam terasa dengan kecaman masyarakat berterusan terhadap dirinya.

BACA: Fathia Latiff Mahu Istiqamah Dekati Agama

“Saya kesal kerana terlalu mengikut kata hati hingga tidak lagi kenal diri. Semuanya berpunca daripada salah pergaulan. Saya terlalu naif dan hanya mengikut cakap orang hingga akhirnya, masa depan jadi korban”

“Hari ini, saya menerima balasan dan pengajaran terbesar dalam hidup. Kesannya masih terasa apabila saya dilihat hina pada mata masyarakat. Namun, apa yang berlaku itu juga membawa saya lebih dekat dengan Allah SWT”

Kontroversi menari separuh bogel dalam aplikasi Bigo beberapa bulan lalu bukan saja membuatkan dirinya ‘digam’, malah jiwanya juga seakan mati kerana cercaan orang. Pun begitu Fathia bersyukur Tuhan pantas ‘menariknya’ kembali.

“Allah SWT menjentik saya dengan satu kejadian yang membuatkan saya tersedar. Saya mula terfikir satu persatu kesilapan, membuatkan saya malu dengan diri. Saya mahu memperbaiki diri. Pinta saya, berilah peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan,” jelasnya.

Sebelum ini, video tarian berahi Fathia menerusi aplikasi Bigo tersebar hingga membuatkan ramai mengecam tindakan beliau yang dilihat seperti ‘mabuk’. Sejurus selepas itu timbul pula cerita beliau lambat ke set penggambaran hingga namanya pula digugurkan. (rtky/w)