Peminat Nampak Baby Bump, Mizz Nina Hamil?
Sudah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti pasangan selebriti popular Noh Hujan dan Mizz Nina sering diajukan soalan berkaitan cahaya mata.
Bagaimanapun, gambar terbaru yang muat naik oleh Mizz Nina menjadi perhatian ramai apabila peminat membuat spekulasi bahawa penyanyi itu sedang hamil.
BACA: Noh Hujan Mengaji, Mizz Nina Pantau Bacaan Jadi Perhatian
Gambar tersebut memaparkan Mizz Nina memakai busana baju kurung dan seakan-akan kelihatan baby bump membuatkan ramai yang menyangkan dirinya berbadan dua.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dan bertanya sama ada benar atau tidak Mizz Nina hamil. Malah, ramai yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu meskipun tidak mengetahui kesasihan perkara itu.
Menyedari ertri tersebut dihujani dengan komen ucapan tahniah daripada netizen, Mizz Nina kemudian melakukan suntingan pada bahagian kapsyen memberitahu bahawa dia belum hamil lagi serta berterima kasih di atas doa semua pihak.
“Masya-Allah, saya senang hati melihat ucapan anda semua. Begitupun, saya belum mengandung lagi. Ameen! Terima kasih untuk doa anda semua. Mungkin inilah masanya untuk saya kurangkan berat badan,” katanya.
Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Semoga nina dan noh dalam rahmat dan jagaan Allah selalu.
Lama menunggu, kesian
Alhamdulillah
Ya allah..boleh rasa ape yg dia rse skrng..kurniakan lah kami zuriat ya allah..
InsyaAllah, ada rezeki nanti..
Kami dah 13 tahun kahwin, tapi masih tiada rezeki lagi. Semuga Allah mengurniakan kami zuriat juga. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Aminnnn
Sedih kan… Hanya kita je yang faham.. Semoga Yang Maha Pengasih mengurniakan rezeki anak buat kita Dan semua yang sama. Amen.