fbpx

Noh Hujan Mengaji, Mizz Nina Pantau Bacaan Jadi Perhatian

Pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina antara menjadi perhatian apatah lagi selepas penghijrahan mereka, ramai menyimpan rasa kagum terhadap pasangan ini yang sentiasa ‘low profile’.

Baru-baru ini, perkongsian Mizz Nina di Insta Story menjadi perhatian ramai memaparkan dia dan suaminya sedang mengalunkan bacaan Al-Quran menjadi perhatian ramai.

BACA: Mizz Nina, Noh Salleh Terbang Ke Syria Untuk Bantu Umat Islam

Malah, menerusi satu entri di Instagram, Mizz Nina turut berkongsikan keberkatan sempena 1 Zulhijjah dimana 10 hari pertama pada bulan tersebut merupakan hari terbaik untuk beramal.

https://www.instagram.com/p/B0puxRiBDsY/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pasangan suami itu, malah ramai yang memuji bahawa perkongsian tersebut sekaligus dapat dijadikan contoh buat pasangan lain. Tidak kurang juga ramai yang menjadikan pasangan ini sebagai idola.